Tuesday 6 December 2011

Latihan Pengukuhan : Tanda Baca

Betulkan tanda baca yang salah bagi setiap ayat.

1. Aduh!Sakitnya kepala saya? = _____,_____

2. kakak sangat suka akan bunya raya. = _____

3. Berapa ramaikah mangsa banjir setakat ini. = _____

4. Susan memelihara arnab.kucing. dan ikan. = _____

5. Abang sedang bermain bola di padang, = _____

Monday 5 December 2011

Latihan : Tanda Baca

Isi tempat kosong dengan tanda baca yang sesuai.

1. Kuda sangat pandai berlari(  )

2. Amboi(  )cantiknya baju kamu(  )

3. Bapa saya seorang doktor(  )Dia bekerja di Hospital Gurun(  )

4. Aduh(  )sakitnya kaki saya(  ) 

5. Bilakah kamu akan pergi ke Kuala Lumpur(  )

Sunday 4 December 2011

Sistem Bahasa 14 : Tanda Baca

Tanda baca ialah tanda dalam ayat yang mempunyai maksud tertentu.

Terdapat beberapa jenis tanda baca , iaitu :

1. Huruf besar : digunakan bagi huruf pertama pada permulaan ayat dan huruf pertama bagi kata nama khas.

2. Noktah( . ) : digunakan di hujung ayat untuk menunjukkan ayat itu sudah lengkap.

3. Koma( , ) : digunakan bagi mengasingkan kata-kata dalam golongan yang sama.

4. Tanda tanya ( ? ) : digunakan pada akhir ayat tanya untuk menanyakan sesuatu.

5. Tanda seru ( ! ) : digunakan pada akhir ayat seruan untuk menunjukkan sesuatu perasaan.

Saturday 3 December 2011

Latihan pengukuhan : Antonim

Pilih antonim yang sesuai.

1. Kek itu sangat wangi. ( harum / sedap / busuk )

2. Siu Sin suka bercuti di kampung.( desa / bandar / dusun )

3. Kereta itu sangat mahal. ( murah / cantik / tinggi )

4. Kakaknya sangat cantik. ( lawa / merdu / hodoh )

5. Kura-kura itu berjalan dengan perlahan.( senyap / cepat / lambat )

Friday 2 December 2011

Latihan : Antonim

Tuliskan antonim di bawah.

1. luas x ______
2. jauh x ______
3. tajam x ______
4. baling x ______
5. sayang x ______
6. benar x ______
7. malam x ______
8. suka x ______

Thursday 1 December 2011

Sistem Bahasa 13 : Antonim

Antonim ialah perkataan yang mempunyai maksud yang berlawanan.

Contoh antonim : 
1. benci x sayang
2. bina x roboh
3. cantik x hodoh
4. desa x kota
5. hidup x mati
6. menang x kalah
7. luas x sempit
8. riang x sedih
9. segar x layu
10. ugut x pujuk
11. untung x rugi
12. uzur x sihat
13. lelaki x wanita
14. lalai x waspada
15. sangsi x yakin

Wednesday 30 November 2011

Latihan pengukuhan 2 : Sinonim

Gariskan sinonim yang tepat.

1. Bapa mendakap adik yang menangis.( membelai / memeluk )

2. Pokok durian di belakang rumah saya telah tumbang.( rebah / retak )

3. Murid-murid beratur di tepi kelas. ( berjalan / berbaris )

4. Abu lewat ke sekolah kerana tayar basikalnya bocor. ( lambat / cepat )

5. Emak membasuh pinggan mangkuk di sinki. ( mengelap / mencuci )

Tuesday 29 November 2011

Latihan pengukuhan : Sinonim

Tulis sinonim bagi perkataan di bawah.

pilihan : kebun, cerdik, cikgu, haus, pulang, jumpa, seronok, sangat, keji

1. amat :
2. balik :
3. dusun :
4. hina :
5. guru : 
6. pintar :
7. dahaga : 
8. gembira :
9. temu :

Monday 28 November 2011

Latihan : Sinonim

Bulatkan sinonim bagi perkataan yang bergaris.

1. Keadaan di pasar malam sungguh bising. ( riuh / gempar )

2. Susunan buku di rak itu kemas. ( rapi / cantik )

3. Linggam selalu makan di warung Mak Lela. ( pasar / gerai )

4. Hock Beng hendak ke Kuala Lumpur. ( gemar / mahu )

5. Hang Tuah ialah pahlawan Melayu yang gagah. ( cergas / kuat )

6. Kakak gigih berlatih piano. ( tekun / aktif )

Sunday 27 November 2011

Sistem Bahasa 12 : Sinonim

Sinonim ialah perkataan yang sama maksud.

Contoh sinonim : 
baik = bagus
lihat = pandang
kecewa = hampa
ingin = mahu
menang = berjaya
rapi = kemas
salah = silap
penat = letih
usang = lama
temu = jumpa
tamak = haloba

Saturday 26 November 2011

Latihan Pengukuhan : Penjodoh Bilangan

Tuliskan penjodoh bilangan yang sesuai bagi objek yang disenaraikan.

1. cincin - __________
2. anggur - __________
3. kasut - __________
4. bola - __________
5. meja - __________
6. kerusi - __________
7. buku - __________
8. baju - __________
9. cawan - __________
10. pensel - __________
11. kertas - __________
12. pokok - __________
13. bunga - __________,__________
14. kipas - __________
15. nasi - __________

Friday 25 November 2011

Sistem Bahasa 11 : Penjodoh Bilangan

Penjodah bilangan ialah perkataan yang digunakan untuk membilang orang, binatang, benda dan tempat.

Penjodoh bilangan digunakan selepas kata bilangan dan sebelum kata kata nama.

Contoh penjodoh bilangan : 
1. batang - pen, pensel, pokok, lilin
2. bentuk - cincin, mata kail
3. biji - limau, oren, cawan, telur
4. bilah - keris, pisau
5. buah - buku, rumah, kereta
6. buku - roti, keju
7. cekak - serai, ulam
8. cubit - garam, belacan
9. ekor - ikan, ayam
10. helai - baju
11. hiris - bawang, lobak, timun
12. ikat - sayur
13. keping - papan, roti, gambar
14. ketul - daging, batu
15. kuntum - bunga
16. lingkar - dawai, rotan, akar
17. orang - murid, guru, anak
18. pangsa - delima, durian
19. pasang - kasut
20. pasukan - tentera, polis
21. ulas - durian, nangka, limau
22. urat - dawai, rambut, benang

Thursday 24 November 2011

Latihan pengukuhan : Kata Tanya

Betulkan penggunaan kata tanya dalam ayat.

1. Pukul bagaimanakan kamu balik kelmarin? = __________


2. Siapakah Abu tinggal? = __________


3. Berapakah tarikh lahir adik kamu? = __________


4. Apakah kamu akan pergi ke sekolah? = __________


5. Apakah nama jiran kamu? = __________

Monday 21 November 2011

Latihan : Kata Tanya

Isi tempat kosong dengan kata tanya yang sesuai.


1. ________nama anda? (bagaimanakah / siapakah)

2.________harga sekilogram buah durian? (berapakah / siapakah)

3.________kamu pergi ke sekolah? (bagaimanakah / di manakah)

4.___________kamu akan pergi ke Singapura? ( bilakah / manakah)

5._______kamu letak pensel saya? (di manakah / apakah)

Sunday 20 November 2011

Sistem Bahasa 10 : Kata Tanya

Kata Tanya ialah perkataan yang digunakan untuk tanya sesuatu.
Tanda tanya (?) mesti diletakkan di hujung ayat tanya.


Contoh kata tanya dan kegunaannya :
1) Apa - menanyakan benda, binatang, atau perlakuan


2) Siapa - menanyakan orang


3) Bila - menanyakan masa


4) Berapa - menanyakan bilangan


5) Adakah - menanyakan tentang sesuatu hal


6) Bagaimana - menanyakan keadaan atau cara melakukan sesuatu


7) Mengapa/Kenapa - menanyakan sebab


8) Mana - menanyakan tempat

Saturday 19 November 2011

Latihan Pengukuhan : Kata Sendi Nama

Senaraikan kata sendi nama yang telah anda belajar.
________, ________, ________, ________, _______, ________, ________, ________.


Isi tempat kosong dengan menggunakan kata sendi nama yang telah anda senaraikan.


1) Bakul itu diperbuat________rotan.


2) Ali menunggu kawannya________pagi hingga petang.


3) Ayah tiba________pukul 8 pagi.


4) Saya dan kakak memancing ikan________sungai.


5) Chong Lim pergi ke perpustakaan________meminjam buku. 

Friday 18 November 2011

Lagu kanak kanak Saya Ada Kuda

Lagu bangun tidur

Latihan : Kata Sendi Nama

Gariskan kata sendi nama yang sesuai.


1) Susan suka menonton televisyen ( dari / pada ) masa lapang.


2) Razak pergi ke sekolah ( untuk / dengan ) menaiki bas.


3) Saya pergi ( pada / ke ) perpustakaan dengan adik.


4) Saya tinggal ( daripada / di ) Taman Desa.


5) Baju dibuat ( dari / daripada ) kain.

Thursday 17 November 2011

Sistem Bahasa 9 : Kata Sendi Nama

Kata Sendi Nama ialah perkataan yang digunakan untuk menyambung frasa nama dengan frasa lain dalam ayat.

Contoh frasa nama : di , ke , dari , daripada , kepada , pada , untuk , dengan .
1) di - menunjukkan tempat
2) ke - menunjukkan tempat, arah yang dituju atau waktu
3) dari - menunjukkan arah, tempat, atau waktu
4) daripada - menunjukkan punca bagi orang, binatang, benda dan    perbandingan
5) kepada - merujuk kapada orang atau binatang
6) pada - merujuk keterangan waktu atau tempat
7) untuk - menunjukkan kegunaan untuk sesuatu
8) dengan - menunjukkan makna bersama-sama atau cara sesuatu digunakan

Tuesday 15 November 2011

Latihan Pengukuhan : Imbuhan Akhiran

Isi tempat kosong dengan perkataan di bawah.

pilihan : baiki , jualkan , tanaman , makanan , dermakan

1) Emak sedang sediakan _______ di dapur.

2) Motosikal yang rosak itu akan saya _______.

3) Ali _______ buku itu kepada kawannya.

4) _______ Pak Kasim sangat subur.

5) Wang itu akan saya _______ kepada anak-anak yatim.

Monday 14 November 2011

Latihan : Imbuhan Akhiran

Tuliskan kata dasar bagi perkataan di bawah.


1) jemputan = _______
2) tulisan = _______
3) bagaikan = _______
4) sayangi = _______
5) sukai = _______
6) cintai = _______
7) harapan = _______
8) turuni = _______
9) belikan = _______
10) serahkan = _______

Sunday 13 November 2011

Sistem bahasa 8 : Imbuhan Akhiran

Nota Ringkas : 

Imbuhan akhiran merupakan imbuhan yang terdapat di belakang kata dasar.
Imbuhan akhiran digunakan untuk membentuk kata kerja, kata nama, dan kata adjektif.

Imbuhan Akhiran : -an , -kan , -i 
Contoh-contoh :
1) -an = jemputan, makanan, susunan, barisan
2) -kan = besarkan, lembutkan, jualkan, bacakan
3) -i = dekati, jauhi, turuti, contohi

Saturday 12 November 2011

Latihan pengukuhan : Imbuhan Awalan

Letakkan imbuhan awalan pada perkataan yang bergaris.


1) Adik tidak baju. = _______


2) Chong Po langgar meja. = _______


3) Adik saya seorang diam. = _______


4) Emak suruh kakak masak nasi. = _______


5) Rumput itu potong oleh Abu. = _______

Friday 11 November 2011

Latihan : Imbuhan Awalan

Tulis kata dasar dan imbuhan bagi setiap perkataan di bawah.


1. membaca 
2. menjual
3. pembeli
4. tertulis
5. penyakit
6. kelima
7. mengambil
8. berbincang

Thursday 10 November 2011

Sistem bahasa 7 : Imbuhan Awalan

Imbuhan Awalan
Imbuhan awalan ialah imbuhan yang hadir di hadapan kata dasar.
Imbuhan ini digunakan untuk membentuk kata nama, kata kerja, dan kata adjektif. 


Imbuhan Awalan : beR- , meN- , teR- , peN- , ke- , di-


Contoh:
beR- = berambut, bekerja, berjaya, berjemur
meN- = merawat, memetik, mencuri, menebang
teR- = terangkat, terubat, terpadam, tertidur
peN- = pelakon, pemukul, penyamun, pencuri
ke- = kekasih, ketua, kedua, pencuri
di- = dipukul, dibeli, ditembak, dijual 

Latihan pengukuhan : Kata Hubung

Gabungkan ayat-ayat di bawah dengan kata hubung yang diberi.


1) Saya suka makan roti prata.
    Saya suka minum kopi.
    (dan)
_____________________________________________________


2) Kakak bangun.
    Kakak ke ruang tamu.
    (lalu)
_____________________________________________________


3) Susan sangat gembira.
    Susan mendapat johan dalam pertandingan catur.
    (kerana)
_____________________________________________________


4) Ali tinggi.
    Abu rendah.
    (tetapi)
_____________________________________________________


5) Ibu memasak.
    Ibu menunggu ayah balik.
    (sementara)
______________________________________________________

Wednesday 9 November 2011

Latihan : Kata Hubung

Pilih kata hubung yang sesuai.


1) Kakak menonton televisyen ( sambil / lalu ) makan keropok.


2) Adik menangis ( supaya / kerana ) lapar.


3) Ali ( kerana / dan ) Abu selalu bermain bola di padang.


4) Kerata itu cantik ( supaya / tetapi ) mahal.


5) Abang berbaring di sofa ( kerana / lalu ) tertidur.

Tuesday 8 November 2011

Sistem Bahasa 6 : Kata Hubung

Apakah itu Kata Hubung?
Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menghubungkan atau menggabungkan kata, frasa, atau ayat.


Contoh Kata hubung :
1) dan - menghubungkan subjek dan prediket
2) atau - menunjukkan sesuatu pilihan
3) tetapi - menunjukkan makna yang berlainan
4) sambil - menunjukkan perbuatan yang dilakukan pada masa yang sama
5) lalu - menunjukkan perbuatan yang dilakukan secara berturut-turut
6) supaya - menyatakan maksud atau tujuan
7) kerana - menjelaskan sesuatu sebab


Kata hubung digunakan untuk membina ayat.

Monday 7 November 2011

Latihan pengukuhan 2 : Kata Adjektif

Senaraikan kata adjektif yang sesuai. 


Contoh : kasut - besar, kecil, cantik


1) bunga -______ ,______ ,______


2) cawan -______ ,______ ,______


3) kolam -______ ,______ ,______


4) buku -______ ,______ , ______


5) sekolah -______ ,______ ,______ 

Sunday 6 November 2011

Latihan pengukuhan Kata Adjektif

Membina ayat berdasarkan kata adjektif yang diberi.


1) panjang : ________________________________________


2) rajin : ___________________________________________


3) merah : __________________________________________


4) sedap : __________________________________________


5) cepat : ___________________________________________


6) susah : ___________________________________________


7) bulat : ____________________________________________


8) rendah : ___________________________________________

Saturday 5 November 2011

Latihan : Kata Adjektif

Isi tempat kosong dengan kata adjektif yang betul.


Pilihan: bulat, tinggi, sihat, cantik, segar 

1) Sayur-sayuran yang dijual di pasar sangat________.


2) Bola itu berbentuk________.


3) Menara itu sangat________.


4) Pemandangan di situ sangat________.


5) Abu tidak hadir ke sekolah kerana tidak________. 

Friday 4 November 2011

Sistem Bahasa 5 : Kata Adjektif

Kita sudah mempelajari beberapa sistem bahasa^^ Sekarang mari kita belajar sistem bahasa ke 5 iaitu KATA ADJEKTIF.


Kata adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat, keadaan, warna, bentuk atau ukuran sesuatu kata nama.


Contoh kata adjektif pelbagai kategori :
1) Sifat - rajin
             - lemah
             - kuat
             - hodoh
             - cantik


2) Warna -biru
                -kuning
                -merah
                -hitam
                -hijau


3) Bentuk - segi empat
                 - bulat
                 - segi tiga
                 - bujur


4) Ukuran - panjang
                 - pendek
                 - kecil
                 - tebal
                 - nipis


5) Waktu - kini
                - awal
                - pagi
                - malam


6) Perasaan - marah
                    - gembira
                    - sedih
                    - benci


7) Jarak - jauh
              - dekat
              - rapat
              - hampir




                 

Thursday 3 November 2011

Masa berehat sambil mengulangkaji^^

Sila lengkapkan perkataan-perkataan di bawah


Kata Nama Am
1) s_su                      (sejenis minuman)
2) ramb_t_n              (sejenis buah)
3) dur_a_                  (sejenis buah)
4) c_ng_ak                (sejenis permainan tradisional)
5) r_m_h                   (sebuah tempat)
5) s_wi                      (sejenis sayur)
6) a_ang                    (ahli keluarga)
7) k_k_k                    (ahli keluarga)
8) b_p_                      (ahli keluarga)
9) em_k                     (ahli keluarga)
10) k_p_                    (sejenis minuman)


Kata Kerja
1) b_r_nang di tasik
2) meno_t_n televisyen
3) men_ngg_ng basikal
4) mem_nj_t pokok
5) mend_k_ gunung
6) memb_c_ buku
7) meny_s_n meja
8) mem_t_ng rumput





Monday 31 October 2011

Latihan pengukuhan Kata Kerja

Isi tempat kosong dengan kata kerja yang sesuai.


Pilihan : membasuh, berenang, memanjat, disapu, mendaki


1) Ibu__________baju menggunakan mesin basuh.


2) Ali suka __________di tasik itu.


3) Ahmad suka__________gunung.


4) Akmal sedang__________pokok.


5) Sampah itu__________oleh ibu.

Sunday 30 October 2011

Latihan : Kata Kerja

Gariskan kata kerja yang sesuai.


1) Rama menolong ibunya (mencuci / menanam) pokok bunga di tepi rumah.


2) Kumar menolong ayahnya (membasuh / menjual) kereta di halaman rumah.


3) Mereka (memancing / berenang) di kolam renang.


4) Ibu sedang (membaca / memasak) buku.


5) Kakak sedang (menjual / menonton) televisyen di ruang tamu.

Saturday 29 October 2011

Sistem Bahasa 4 : Kata Kerja

Kata Kerja ialah perkataan yang merujuk kepada sesuatu perbuatan yang dilakukan oleh manusia, haiwan atau benda.
-Kata kerja dibahagikan kepada dua jenis, iaitu:
1) Kata kerja transitif
     -Kata kerja transitif memerlukan objek untuk melengkapkan ayat.
     -Kata kerja transitif terbahagi kepada kata kerja transitif aktif dan kata kerja transitif pasif.

2) Kata kerja tak transitif
     -Kata kerja tak transitif tidak memerlukan objek untuk melengkapkan ayat.

Contoh:
Kata Kerja Transitif Aktif = Kata Kerja+Objek ( memasak nasi )
Kata Kerja Transitif Pasif = Objek+Kata Kerja ( nasi dimasak )

Kata Kerja Tak Transitif = tidur, menangis, terjatuh.

Friday 28 October 2011

Latihan Pengukuhan Kata Ganti Nama Diri

Isikan tempat kosong dengan kata ganti nama diri yang sesuai.

1) "__________mestilah berlatih dengan bersungguh-sungguh,"pesan jurulatih kepada para pemain.

2) "Berapa lamakah__________tinggal di sini?" tanya Kumar kepada Ali.

3) __________sedang bermain badminton.

4) Ahmad dan Abu sedang menonton televisyen.__________tidak mempedulikan arahan ibu.

5) __________suka makan durian.

Thursday 27 October 2011

Latihan : Kata Ganti Nama Diri

Gariskan kata ganti nama diri yang sesuai.


1) "Di manakah (kalian / kamu) membeli buku ini?"tanya Hayat kepada Ainin.

2) Marilah bermain bola dengan (kami / kalian)

3) (Beta / Mereka) sedang bergaduh.

4) "Jemputlan datang ke rumah (baginda / saya),"kata Ali.

5) Sila tanggalkan kasut (anda / mereka) sebelum masuk ke perpustakaan.

Wednesday 26 October 2011

Sistem Bahasa 3 : Kata Ganti Nama Diri

Kata ganti nama diri terbahagi kepada tiga jenis, iaitu :

1) Kata ganti nama diri pertama
    -Merujuk kepada orang yang bercakap.
    (aku, saya, beta, patik, kami, kita, hamba, daku)

2) Kata ganti nama diri kedua
    -Merujuk kepada orang yang dilawan cakap.
    (awak, anda, kalian, kamu, tuanku, engkau)

3) Kata ganti nama diri ketiga
    -Merujuk kepada pihak yang diperkatakan
    (ia, dia, beliau, baginda, -nya,, mereka)

Tuesday 25 October 2011

Latihan pengukuhan Kata Nama Khas

Membetulkan kesalahan kata nama khas dalam ayat.


1) Ali dan ahmad sedang bermain bola di halaman rumah.-(          )


2) Ayah membeli televisyen berjenama pensonic.-(          )


3) Boon Hin tinggal di taman orkid.-(          )


4) cikgu maria mengajar mata pelajaran bahasa melaysia.-(          )


5) Ah Chong melancong ke sarawak pada minggu lepas.-(          )

Monday 24 October 2011

Latihan : Kata Nama Khas

Tulis (A) bagi kata nama am dan (K) bagi kata nama khas.


1) bola  (  )
2) Restoran Zurah  (  )
3) Sang Kancil  (  )
4) pensil  (  )
5) telefon  (  )
6) lampu  (  )
7) Ali  (  )
8) Tongkat Ali  (  )
9) Perodua Kancil  (  )
10) kereta  (  )
11) kapal terbang  (  )
12) motosikal  (  )
13) Bunga Raya (  )
14) Proton Waja  (  )
15) doktor (  )

Sunday 23 October 2011

Sistem Bahasa 2 : Kata Nama Khas

Kata Nama Khas ialah perkataan yang merujuk kepada nama manusia, haiwan, tumbuhan, benda, dan tempat secara khusus.

Huruf pertama pada kata nama khas mesti ditulis dengan huruf besar.

Contoh-contoh kata nama khas bagi setiap kategori :
1)Manusia-Zuhri
                -Ali
                -Abu
                -Siti
                -Cikgu Munirah

2)Haiwan-Si Tompok
               -Si Putih
               -Sang Kancil

3)Tumbuhan-Tongkat Ali
                  -Buah Naga
                  -Pisang Kaki

4)Benda-Perodua Myvi
             -Pensonic
             -Nokia
             -Proton Saga

5)Tempat-Zoo Negara
               -Kedah
               -Johor
               -Sibu

Saturday 22 October 2011

Latihan pengukuhan Kata Nama Am.

Isi tempat kosong dengan menggunakan kata nama am yang sesuai.(Tanpa Pilihan)


1) Jing Huan sedang menonton________.


2) Susan sedang membaca_______.


3) Ali suka makan_______.


4) Abu sedang memancing_______di tepi sungai.


5) Izati pergi ke_______untuk membaca buku.

Friday 21 October 2011

Latihan : Kata Nama Am

Mari kita mengisi tempat kosong dalam ayat.

Pilihan: basikal , pensil , kucing , mangga , padang

1) Ahmad dan rakan-rakannya sedang bermain bola di________.

2) Jia Hui dan adiknya suka makan_________.

3) _________Ali bernama Si Tompok.

4) Abu suka menunggang________.

5) Saya menulis menggunakan________.

Thursday 20 October 2011

Sistem Bahasa 1 : Kata Nama Am

Kata nama am merupakan kata yang merujuk kepada manusia, haiwan, tumbuhan, benda dan tempat.
Huruf pertama pada kata nama am ditulis dengan huruf kecil kecuali pada permulaan ayat.

Contoh-contoh kata nama am bagi setiap kategori:
1)Manusia-emak
                -bapa
                -kakak
                -cikgu
                -doktor

2)Haiwan-ikan
               -kucing
               -gajah
               -burung
               -monyet

3)Tumbuhan-bunga
                   -pokak
                   -rumput
                   
4)Benda-pensil
             -cermin
             -pen
             -kereta

5)Tempat-klinik
               -hospital
               -pantai
               -tandas





Saturday 15 October 2011

Edisi 1: Warisan budaya Malaysia yang semakin dilupai, Permainan tradisional

Pada suatu ketika dahulu, permainan tradisional adalah tunggak identiti bangsa Malaysia. Kita pernah begitu megah dan bangga dengan kepelbagaian permainan tradisional yang dimiliki oleh penduduk Malaysia dari negeri atau daerah yang berbeza. Permainan ini bukan sahaja dimainkan oleh kanak-kanak tetapi sebagai pertunjukan di pesta-pesta dan kadang kala dipertontonkan untuk pelancong oleh golongan dewasa. Keunikannya tiada tolok bandingnya dan keistimewaannya haruslah dihargai dan bukannya dilupai.

Untuk edisi-edisi yang seterusnya, saya akan memperkenalkan permainan tradisional yang boleh didapati di Malaysia dengan harapan ia dapat membangkitkan semula minat generasi muda dalam warisan budaya yang semakin dilupai ini.

Terdapat dua jenis permainan tradisional, iaitu permainan anjung dan permainan laman. Contoh permainan anjung adalah congkak, dam aji, batu seremban manakala permainan laman adalah seperti berikut, ketinting, galah panjang dan sepak takraw.

Dalam edisi ini, saya akan memperkenalkan satu permainan anjung yang amat terkenal tetapi tidak lagi popular di kalangan generasi muda.


 CONGKAK


Congkak, sejenis permainan tradisional Melayu yang menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan buahnya  yang digunakan untuk diletakkan di dalam lubang terdiri daripada buah guli, biji getah dan lain-lain.Di utara, permainan ini juga dikenali sebagai Jongkok.


Papan congkak


Seperti yang dinyatakan di atas, congkak boleh dimainkan hanya dengan mengorek bilangan lubang yang mencukupi dan tersusun di atas tanah. Tetapi, untuk permainan ini, kita juga mempunyai suatu papan yang dinamakan sebagai papan congkak. Papan congkak diperbuat daripada batang pokok kayu yang besar dan diukir seperti perahu. Disebelah hujungnya diukir bentuk kepala pelbagai haiwan seperti burung manakala di bahagian badan papan diukir dengan pelbagai ukiran Melayu. Lubang sebesar 9sm. garis pusat dan 7sm. dalam ditebuk atas permukaan papan tersebut. Sekiranya permainan congkak di tanah, lubang digali dan kemudian diletak tempurung kelapa supaya tangan tidak kotor terkena tanah.

Lubang-lubang congkak dibuat dalam dua barisan selari antara satu sama lain yang disebut kampung. Pada penghujung kampung terdapat sebuah lubang besar dan dalam dinamakan rumah. Jumlah kampung yang biasa terdapat pada papan congkak ialah lima, tujuh atau sembilan sebaris. Kampung-kampung ini diisikan dengan buah congkak sama banyak.


Cara bermain

Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan.


Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut.

Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati.

Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap terbakar. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.