Monday 31 October 2011

Latihan pengukuhan Kata Kerja

Isi tempat kosong dengan kata kerja yang sesuai.


Pilihan : membasuh, berenang, memanjat, disapu, mendaki


1) Ibu__________baju menggunakan mesin basuh.


2) Ali suka __________di tasik itu.


3) Ahmad suka__________gunung.


4) Akmal sedang__________pokok.


5) Sampah itu__________oleh ibu.

Sunday 30 October 2011

Latihan : Kata Kerja

Gariskan kata kerja yang sesuai.


1) Rama menolong ibunya (mencuci / menanam) pokok bunga di tepi rumah.


2) Kumar menolong ayahnya (membasuh / menjual) kereta di halaman rumah.


3) Mereka (memancing / berenang) di kolam renang.


4) Ibu sedang (membaca / memasak) buku.


5) Kakak sedang (menjual / menonton) televisyen di ruang tamu.

Saturday 29 October 2011

Sistem Bahasa 4 : Kata Kerja

Kata Kerja ialah perkataan yang merujuk kepada sesuatu perbuatan yang dilakukan oleh manusia, haiwan atau benda.
-Kata kerja dibahagikan kepada dua jenis, iaitu:
1) Kata kerja transitif
     -Kata kerja transitif memerlukan objek untuk melengkapkan ayat.
     -Kata kerja transitif terbahagi kepada kata kerja transitif aktif dan kata kerja transitif pasif.

2) Kata kerja tak transitif
     -Kata kerja tak transitif tidak memerlukan objek untuk melengkapkan ayat.

Contoh:
Kata Kerja Transitif Aktif = Kata Kerja+Objek ( memasak nasi )
Kata Kerja Transitif Pasif = Objek+Kata Kerja ( nasi dimasak )

Kata Kerja Tak Transitif = tidur, menangis, terjatuh.

Friday 28 October 2011

Latihan Pengukuhan Kata Ganti Nama Diri

Isikan tempat kosong dengan kata ganti nama diri yang sesuai.

1) "__________mestilah berlatih dengan bersungguh-sungguh,"pesan jurulatih kepada para pemain.

2) "Berapa lamakah__________tinggal di sini?" tanya Kumar kepada Ali.

3) __________sedang bermain badminton.

4) Ahmad dan Abu sedang menonton televisyen.__________tidak mempedulikan arahan ibu.

5) __________suka makan durian.

Thursday 27 October 2011

Latihan : Kata Ganti Nama Diri

Gariskan kata ganti nama diri yang sesuai.


1) "Di manakah (kalian / kamu) membeli buku ini?"tanya Hayat kepada Ainin.

2) Marilah bermain bola dengan (kami / kalian)

3) (Beta / Mereka) sedang bergaduh.

4) "Jemputlan datang ke rumah (baginda / saya),"kata Ali.

5) Sila tanggalkan kasut (anda / mereka) sebelum masuk ke perpustakaan.

Wednesday 26 October 2011

Sistem Bahasa 3 : Kata Ganti Nama Diri

Kata ganti nama diri terbahagi kepada tiga jenis, iaitu :

1) Kata ganti nama diri pertama
    -Merujuk kepada orang yang bercakap.
    (aku, saya, beta, patik, kami, kita, hamba, daku)

2) Kata ganti nama diri kedua
    -Merujuk kepada orang yang dilawan cakap.
    (awak, anda, kalian, kamu, tuanku, engkau)

3) Kata ganti nama diri ketiga
    -Merujuk kepada pihak yang diperkatakan
    (ia, dia, beliau, baginda, -nya,, mereka)

Tuesday 25 October 2011

Latihan pengukuhan Kata Nama Khas

Membetulkan kesalahan kata nama khas dalam ayat.


1) Ali dan ahmad sedang bermain bola di halaman rumah.-(          )


2) Ayah membeli televisyen berjenama pensonic.-(          )


3) Boon Hin tinggal di taman orkid.-(          )


4) cikgu maria mengajar mata pelajaran bahasa melaysia.-(          )


5) Ah Chong melancong ke sarawak pada minggu lepas.-(          )

Monday 24 October 2011

Latihan : Kata Nama Khas

Tulis (A) bagi kata nama am dan (K) bagi kata nama khas.


1) bola  (  )
2) Restoran Zurah  (  )
3) Sang Kancil  (  )
4) pensil  (  )
5) telefon  (  )
6) lampu  (  )
7) Ali  (  )
8) Tongkat Ali  (  )
9) Perodua Kancil  (  )
10) kereta  (  )
11) kapal terbang  (  )
12) motosikal  (  )
13) Bunga Raya (  )
14) Proton Waja  (  )
15) doktor (  )

Sunday 23 October 2011

Sistem Bahasa 2 : Kata Nama Khas

Kata Nama Khas ialah perkataan yang merujuk kepada nama manusia, haiwan, tumbuhan, benda, dan tempat secara khusus.

Huruf pertama pada kata nama khas mesti ditulis dengan huruf besar.

Contoh-contoh kata nama khas bagi setiap kategori :
1)Manusia-Zuhri
                -Ali
                -Abu
                -Siti
                -Cikgu Munirah

2)Haiwan-Si Tompok
               -Si Putih
               -Sang Kancil

3)Tumbuhan-Tongkat Ali
                  -Buah Naga
                  -Pisang Kaki

4)Benda-Perodua Myvi
             -Pensonic
             -Nokia
             -Proton Saga

5)Tempat-Zoo Negara
               -Kedah
               -Johor
               -Sibu

Saturday 22 October 2011

Latihan pengukuhan Kata Nama Am.

Isi tempat kosong dengan menggunakan kata nama am yang sesuai.(Tanpa Pilihan)


1) Jing Huan sedang menonton________.


2) Susan sedang membaca_______.


3) Ali suka makan_______.


4) Abu sedang memancing_______di tepi sungai.


5) Izati pergi ke_______untuk membaca buku.

Friday 21 October 2011

Latihan : Kata Nama Am

Mari kita mengisi tempat kosong dalam ayat.

Pilihan: basikal , pensil , kucing , mangga , padang

1) Ahmad dan rakan-rakannya sedang bermain bola di________.

2) Jia Hui dan adiknya suka makan_________.

3) _________Ali bernama Si Tompok.

4) Abu suka menunggang________.

5) Saya menulis menggunakan________.

Thursday 20 October 2011

Sistem Bahasa 1 : Kata Nama Am

Kata nama am merupakan kata yang merujuk kepada manusia, haiwan, tumbuhan, benda dan tempat.
Huruf pertama pada kata nama am ditulis dengan huruf kecil kecuali pada permulaan ayat.

Contoh-contoh kata nama am bagi setiap kategori:
1)Manusia-emak
                -bapa
                -kakak
                -cikgu
                -doktor

2)Haiwan-ikan
               -kucing
               -gajah
               -burung
               -monyet

3)Tumbuhan-bunga
                   -pokak
                   -rumput
                   
4)Benda-pensil
             -cermin
             -pen
             -kereta

5)Tempat-klinik
               -hospital
               -pantai
               -tandas





Saturday 15 October 2011

Edisi 1: Warisan budaya Malaysia yang semakin dilupai, Permainan tradisional

Pada suatu ketika dahulu, permainan tradisional adalah tunggak identiti bangsa Malaysia. Kita pernah begitu megah dan bangga dengan kepelbagaian permainan tradisional yang dimiliki oleh penduduk Malaysia dari negeri atau daerah yang berbeza. Permainan ini bukan sahaja dimainkan oleh kanak-kanak tetapi sebagai pertunjukan di pesta-pesta dan kadang kala dipertontonkan untuk pelancong oleh golongan dewasa. Keunikannya tiada tolok bandingnya dan keistimewaannya haruslah dihargai dan bukannya dilupai.

Untuk edisi-edisi yang seterusnya, saya akan memperkenalkan permainan tradisional yang boleh didapati di Malaysia dengan harapan ia dapat membangkitkan semula minat generasi muda dalam warisan budaya yang semakin dilupai ini.

Terdapat dua jenis permainan tradisional, iaitu permainan anjung dan permainan laman. Contoh permainan anjung adalah congkak, dam aji, batu seremban manakala permainan laman adalah seperti berikut, ketinting, galah panjang dan sepak takraw.

Dalam edisi ini, saya akan memperkenalkan satu permainan anjung yang amat terkenal tetapi tidak lagi popular di kalangan generasi muda.


 CONGKAK


Congkak, sejenis permainan tradisional Melayu yang menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan buahnya  yang digunakan untuk diletakkan di dalam lubang terdiri daripada buah guli, biji getah dan lain-lain.Di utara, permainan ini juga dikenali sebagai Jongkok.


Papan congkak


Seperti yang dinyatakan di atas, congkak boleh dimainkan hanya dengan mengorek bilangan lubang yang mencukupi dan tersusun di atas tanah. Tetapi, untuk permainan ini, kita juga mempunyai suatu papan yang dinamakan sebagai papan congkak. Papan congkak diperbuat daripada batang pokok kayu yang besar dan diukir seperti perahu. Disebelah hujungnya diukir bentuk kepala pelbagai haiwan seperti burung manakala di bahagian badan papan diukir dengan pelbagai ukiran Melayu. Lubang sebesar 9sm. garis pusat dan 7sm. dalam ditebuk atas permukaan papan tersebut. Sekiranya permainan congkak di tanah, lubang digali dan kemudian diletak tempurung kelapa supaya tangan tidak kotor terkena tanah.

Lubang-lubang congkak dibuat dalam dua barisan selari antara satu sama lain yang disebut kampung. Pada penghujung kampung terdapat sebuah lubang besar dan dalam dinamakan rumah. Jumlah kampung yang biasa terdapat pada papan congkak ialah lima, tujuh atau sembilan sebaris. Kampung-kampung ini diisikan dengan buah congkak sama banyak.


Cara bermain

Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan.


Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut.

Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati.

Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap terbakar. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.