Isi tempat kosong dengan kata kerja yang sesuai.
Pilihan : membasuh, berenang, memanjat, disapu, mendaki
1) Ibu__________baju menggunakan mesin basuh.
2) Ali suka __________di tasik itu.
3) Ahmad suka__________gunung.
4) Akmal sedang__________pokok.
5) Sampah itu__________oleh ibu.
Blog ini merangkumi pelbagai budaya yang boleh didapati di Malaysia sama ada yang telah dilupai ataupun yang perlu diperkukuhkan semula dalam hati rakyat Malaysia. Bahasa jiwa bangsa, melalui blog ini, saya berharap dapat menyampaikan sedikit sebanyak pengetahuan saya dalam penggunaan bahasa.
Monday, 31 October 2011
Sunday, 30 October 2011
Latihan : Kata Kerja
Gariskan kata kerja yang sesuai.
1) Rama menolong ibunya (mencuci / menanam) pokok bunga di tepi rumah.
2) Kumar menolong ayahnya (membasuh / menjual) kereta di halaman rumah.
3) Mereka (memancing / berenang) di kolam renang.
4) Ibu sedang (membaca / memasak) buku.
5) Kakak sedang (menjual / menonton) televisyen di ruang tamu.

Saturday, 29 October 2011
Sistem Bahasa 4 : Kata Kerja
Kata Kerja ialah perkataan yang merujuk kepada sesuatu perbuatan yang dilakukan oleh manusia, haiwan atau benda.
-Kata kerja dibahagikan kepada dua jenis, iaitu:
1) Kata kerja transitif
-Kata kerja transitif memerlukan objek untuk melengkapkan ayat.
-Kata kerja transitif terbahagi kepada kata kerja transitif aktif dan kata kerja transitif pasif.
2) Kata kerja tak transitif
-Kata kerja tak transitif tidak memerlukan objek untuk melengkapkan ayat.
Contoh:
Kata Kerja Transitif Aktif = Kata Kerja+Objek ( memasak nasi )
Kata Kerja Transitif Pasif = Objek+Kata Kerja ( nasi dimasak )
Kata Kerja Tak Transitif = tidur, menangis, terjatuh.

Friday, 28 October 2011
Latihan Pengukuhan Kata Ganti Nama Diri
Isikan tempat kosong dengan kata ganti nama diri yang sesuai.
1) "__________mestilah berlatih dengan bersungguh-sungguh,"pesan jurulatih kepada para pemain.
2) "Berapa lamakah__________tinggal di sini?" tanya Kumar kepada Ali.
3) __________sedang bermain badminton.
4) Ahmad dan Abu sedang menonton televisyen.__________tidak mempedulikan arahan ibu.
5) __________suka makan durian.

Thursday, 27 October 2011
Latihan : Kata Ganti Nama Diri
Gariskan kata ganti nama diri yang sesuai.
1) "Di manakah (kalian / kamu) membeli buku ini?"tanya Hayat kepada Ainin.
2) Marilah bermain bola dengan (kami / kalian)
3) (Beta / Mereka) sedang bergaduh.
4) "Jemputlan datang ke rumah (baginda / saya),"kata Ali.
5) Sila tanggalkan kasut (anda / mereka) sebelum masuk ke perpustakaan.

Wednesday, 26 October 2011
Sistem Bahasa 3 : Kata Ganti Nama Diri
Kata ganti nama diri terbahagi kepada tiga jenis, iaitu :
1) Kata ganti nama diri pertama
-Merujuk kepada orang yang bercakap.
(aku, saya, beta, patik, kami, kita, hamba, daku)
2) Kata ganti nama diri kedua
-Merujuk kepada orang yang dilawan cakap.
(awak, anda, kalian, kamu, tuanku, engkau)
3) Kata ganti nama diri ketiga
-Merujuk kepada pihak yang diperkatakan
(ia, dia, beliau, baginda, -nya,, mereka)

Tuesday, 25 October 2011
Latihan pengukuhan Kata Nama Khas
Membetulkan kesalahan kata nama khas dalam ayat.
1) Ali dan ahmad sedang bermain bola di halaman rumah.-( )
2) Ayah membeli televisyen berjenama pensonic.-( )
3) Boon Hin tinggal di taman orkid.-( )
4) cikgu maria mengajar mata pelajaran bahasa melaysia.-( )
5) Ah Chong melancong ke sarawak pada minggu lepas.-( )

Subscribe to:
Posts (Atom)